seharian aku berjaya berpura-pura. macam hari ini tiada beza. susah hati, sedih, nangis. dia bukan orang biasa - biasa. dia antara yang membesarkan aku, melayan karenah yang macam-macam. mahu putu, dia buatkan. mahu keladi masak asam dia rebuskan. mahu gula-gula dia berikan wang, janji upah cari uban. asyik tergaru muka, terasa ada semut merayap katanya. walaupun lanjut usia, mukanya muda. cantik. aku kesal sebab semakin dewasa, hubungan kami renggang. sedangkan dia yang melayan aku dari bayi. semuanya sejak dia berpindah ketika aku taska, jarang kami jumpa. sesekali sahaja dia datang menjenguk rumah. ingat dahulu, aku suka mengusik, selalu sahaja jadi bahan usikan. tapi tak pernah dia marah, senyum sahaja paling tidak pun ketawa. tangis aku kini sama seperti dia tinggalkan aku dahulu. cuma lebih lama. patut aku susah hati dan menangis petang kelmarin. berita buruk yang aku terima pada malamnya. seorang ibu tunggal yang tabah. yang aku belas nasib hidupnya. senyumannya menambah sebak didada.
Al-Fatihah Wan Nek.
alang minta maaf tak sempat jenguk wan nek buat kali terakhir.
Tengah semangat nak menyenaraikan wish list aku neh. Owkeh! Satu...dua...mula!
* senarai tidak mengikut turutan oke
1 - Mahu belikan ayah kereta.
2 - Mahu amik lesen sebelum balong kawen (takut nanti kelam kabut takde orang nak di harap keluar beli rencam semua tuh huhu...)
3 - Mahu belikan ummie sesuatu sebab aku sangat teringin melayan karenah seorang ibu =P
4 - Tengah fikir mahu beli rumah nanti di Ipoh ke di sini? Sangat teringin kot beli sebijik dekat Sunway City tuh, yang landscape die tepi gunung pergh....cun woh! Tak sabar nak menghias rumah sendiri.
5 - Owh! Saye mahu seekor kucing juge, nak yang macam toncet, huhu..rinduu..
6 - Sangat teringin bercuti sakan dengan ikin & jijah, target -> Aussie
7 - hmm...nak beli moto besar boleh? yang macam neh pun ok jep
8 - dan ini dia wish list paling wajib diutamakan, aku mahu kurus hahaha...gaya macam kurus tu boleh dibeli jep =P
9 - owh lupa, aku sangat teringin juga tunai kan umrah/haji satu keluarga, ayah, ummie, balong, bangah, banglan, dan bakin. (ummie juga macam masyuk je kalo diajak untuk family vacation setahun sekali hehe..)
Owh! Sangat tak spesifik wish list aku, takpe ni baru draft je, nanti aku update dengan details die sekali. Tetiba nak buat wish list akibat tak cukup tidur la neh..heh!